Monday, November 29, 2010

Tip kenali lelaki sudah berpunya

1.  Tidak akan mengajak kamu bertemu dgn org tuanya

2.  Apabila berbual mengenai wanita , pengetahuannya ckup luas memandangkan dia sendiri pernah duduk serumah , tidur sebilik dan sekatil dgn wanita

3.  Miangnya memng luarbiasa . Barangkali kerana dikongkong isterinya d rumah. Melihatkan tubuh kamu, matanya kelihatan menakutkan

4.  Perutnya boroi kerana makan dan minumnya sentiasa dijaga isteri d rumah

5.  Akan menghubungi telefon bimbit kamu pada waktu2 tertentu shj kerana masanya byk bersama isteri terutama di waktu malam

6.   Sanggup menukar penampilan utk kelihatan menarik d hadapan kamu walaupun uban d kepala mula tumbuh

7.  Sanggup menunaikan segala permintaan kamu walaupun isteri d rumah diabaikan

8.  Tidak akan memunculkan dirinya bersama kamu d hadapan org ramai kerana bimbang tembelangnya pecah

WAALLAHUALAM

Saturday, November 27, 2010

Award

                                           

Award dari cik dawaikokot , terimakasih byk2.....
kerana memilih blog umi
jgn lupa buat lawatan selalu
hehehe

Tip Berkat berkasih

1. Elak berjumpa secara berdua2an :  sebaiknya sekiranya mahu bertemu, jemputlah dtg ke rumah keluarga
    dan berjumpa dlm suasana yg terjaga
2. Jagalah komunikasi :  semasa tempoh berkawan dan bertunang , jgn biasa panggil, 'abg, sayang, darling'
    dan seumpamanya. gunakan perkataan itu selepas berkahwin
3. Jgn bercakap dgn suara manja : sehingga jd lelaki geli-geleman hingga menaikkan syahwat nafsu. Bertutur
    dlm nada biasa dan tundukkan sedikit pandangan supaya tidak mmandang tepat ke arah lelaki.
4. Jagalah aurat bagi yg perempuan : Jgn dedahkan gambar yg tidak menutup aurat dlm laman sembang ,
    telefon bimbit milik sendiri @kwn2

Bagi lelaki dan wanita , jagalah pergaulan dan jgn buat perkara2 yg membawa kpd maksiat dan dosa.

Jangan berbangga2 dgn harta dan kemewahan yg ada . Rasulullah SAW menegaskan :

'Jgn nikahi wanita kerana kekayaannya, kerana kekayaan itu boleh membuatkan isteri berani melakukan maksiat. tetapi nikahilah kerana ad-dinnya iaitu kerana agamanya.'
(Riwayat Ibn Majah Baizar drpd Abdullah bin 'Amr)

Dato' Ustazah Siti Nur Bahyah  

Thursday, November 25, 2010

9 Kunci Meraih Bahagia dlm Islam

1.  Beriman kpd ALLAH dan beramal soleh

2.  Beriman kpd Qada' dan Qadar , baik dan buruk semuanya dtg dr ALLAH

3.  Redha dgn bahagian rezeki dr ALLAH dan menerima pelbagai kemungkinan yg bakal diberikan ALLAH kpdnya

4.  Memahami dan menguasai ilmu agama

5.  Memperbykkan zikir dan membaca al-Quran

6.  Kelapangan dada dan mencarinya termasuk tanda2 kebahagian dan sifat org2 yg berbahagia

7.  Berbuat kebaikan kpd sesama manusia

8.  Memandang urusan dunia itu lebih rendah drpd urusan akhirat

9.  Tidak tamakkan dunia dan sentiasa bersiap sedia utk menghadapi kematian

(i luv islam)

Saturday, November 20, 2010

kOlekSi piLiHan BimBingaN ROHANI

RM29.90 RM30.00 RM55.00

RM19.90 RM23.00 RM21.00

RM18.00 RM 21.00

UNTUK TEMPAHAN
boleh contact UMI

kOlekSi piLiHan BimBingaN KeLuArga

RM39.90 RM20.90 RM25.00

RM25.00 RM21.00 RM19.90

RM19.90

UnTuK TemPaHaN BoleH
ConTact UMI

Thursday, November 18, 2010

Tiada Perbezaan Anak Lelaki dan Perempuan

by Ustaz Zahazan Mohamed on Thursday, November 18, 2010 at 11:15am
 
Nabi Muhammad saw ketika digembirakan dengan kelahiran Fatimah r.ha., Baginda melihat tanda-tanda kehampaan pada wajah sahabat-sahabat Baginda lalu Baginda bersabda yang bermaksud: "Kenapa kamu kulihat begini? Aku mencium bau syurga dan rezeki Fatimah berada di atas Allah swt."

Begitu juga Nabi saw menangis ketika kewafatan anaknya Ibrahim lalu ditanya oleh para sahabat, "Adakan engkau menangis wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah saw, "Ini adalah sifat Rahmat (kasih-sayang) yang dijadikan oleh Allah dalam hati manusia."

Sesungguhnya anak-anak kita (tidak kira lelaki atau perempuan) memerlukan kasih sayang yang jujur daripada ibu bapa. Ingat firman Allah swt dalam surah al-Syura ayat 49 yang bermaksud; "Dia yang menganugerahkan anak perempuan dan anak lelaki itu kepada sesiapa yang Dia kehendaki."

Allahu a'lam.

Wednesday, November 17, 2010

Dunia ini terdiri dari pelbagai ragam manusia

Memang betul! saya mempunyai ciri dan keperibadian sy sendiri, begitu jg dgn anda. Begitu jg dgn mereka dan kita semua. Dan perbezaan antara kita lah yg menjadikan dunia ini tempat yg menarik dan unik , betul tak?

malah Allah telah berfirman :
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorg lelaki dan seorg perempuan dan menjadikan kamu berbangsa2 dan bersuku2 supaya kamu saling kenal-mengenal (dan bukan bermushanan sesama kamu)."    
                                                                                                    (Al-Hujurat 49:13)

Subhanallah  ....  apabila sy mbca ayat di atas, kesimpuln sy ialh Allah telh memberikan kita satu tugas mudah yg sy rasa sy perlu usahakn dgn lebih gigih lg . Allah telah berkata walaupun kita semua berbeza, terdapat satu perkara yg kita semua perlu lakukn --- kita perlu mengenali satu sama lain atau dlm erti kata lain, kita perlu membina RANGKAIAN (networking) sesama kita.

Ya, memang benar ! Bukankah berkenal-kenalan itu mmbolehkn kita membina rangkaian sahabat dan kenalan? Nampaknya aktiviti membtk rangkaian ini bknlah sesuatu yg baru , kan?

Dan utk menyeronokkan tugas kita ini, Allah juga telah mencipta kita dgn latar belakang bahasa yg berbeza.

"Dan di antara tanda2 kekuasaanNYA ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu . Sesungguhnya pada yg demikian itu benar2 terdapat tanda2 bg kaum yg berfikir ."
                                                                                                                   (Al-Rum 30:22 )

(Petikan dari BUKU Hidup Bukan Rahsia  Anda , Saya dan Kita : Zabrina A.Bakar)

Sunday, November 14, 2010

cerita 1

Hari ni Ahad..... cuti , duduk rumah , masak sikit pastu duduk hadap komputer.... teruknya satu kerja pun x jadi.... nilah bahana x pandai membahagi masa.... ye ke ???

ntah..

mcmn ngan anda sekelian begitukah apa yg selalu anda lakukan....

Esok Isnin , da kena g keje ... bila pulak nk update blog.... ntah... tgklah mcmn....

bgaimana anda sekelian pulak?????





Menambah Ilmu , Menambah Pendapatan

Salam perkenalan,

Tambah ilmu dan pendapatan melalui bisnes kedai buku online dengan hanya bermodalkan RM90.

Syarikat Telaga Biru melalui anak syarikatnya Stormreaders Network menawarkan peluang berkenaan.

Kita hanya perlu memasarkan buku-buku nukilan penulis terkenal seperti Dr Fadzillah Kamsah, Ustaz Zahazan Mohamad, Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Hasrizal Jamil, Ustaz Zaharudin Abd Rahman, Ustazah Siti Nor Bahyah dll. Dan kemudian menikmati 20% komisyen setiap jualan buku yang dibuat.

Kini, stormreaders juga turut memasarkan buku2 keluaran PTS iaitu sebuah syarikat penerbitan buku yg menerbitkan buku2 yg berkualiti dan pelbagai peringkat.

Kita juga sudah tidak perlu lagi bersusah payah ke kedai buku untuk membeli buku-buku penulis di atas dan boleh membelinya secara online di kedai buku kita sendiri.

Berminat untuk membeli koleksi buku, atau memiliki kedai buku sendiri, sila hubungi saya. Terima kasih

Rogayah Hassan
019 - 4482141

Atau masuk ke kedai buku online  saya
http://www.stormreaders.net/nurbarakahbooks

Atau tinggalkan no tel anda utk dihubungi untuk diberi keterangan lanjut.

RM25.90

Saturday, November 13, 2010

Doa agar suami dan isteri saling mengasihi

اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø­َبِّبْ عَبْدَÙƒَ Ù‡َØ°َا Ø¥ِÙ„َÙ‰ عِبَادِÙƒَ الْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ِينَ ÙˆَØ­َبِّبْ Ø¥ِÙ„َÙŠَّ الْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ِينَ

Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)

Amalan
Dalam hadis sahih riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a. telah memohon Nabi s.a.w. agar berdoa kepada Allah s.w.t. agar memberikan hidayah kepada ibunya supaya memeluk Islam. Dengan doa Nabi s.a.w. yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu Abu Hurairah r.a. telah memeluk Islam. Kemudian beliau meminta kepada Nabi s.a.w. agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang yang beriman. Nabi s.a.w. telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan iaitu kalimah “wa ummuha” (dan ibunya) selepas kalimah “abdaka haza”. Hasil doa Nabi s.a.w. ini, setiap orang beriman yang lahir akan melahirkan rasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah. Oleh sebab itu, doa ini boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih sayang sesama mereka.

Dipetik daripada Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari, Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Friday, November 12, 2010

Egonya Aku

Kekadang aku terlalu biadap
menyoal-MU
kenapa aku....
tidak ada, tidak mereka

Terasa egonya hati
terasa kasarnya jiwa
berhadapan dengan mahu-MU
aku tidak redha

Ahh... aku si debu yang hina
terbang bagai habuk di kaki langit
sudah dikendong
ingin pula dijunjung

YA ALLAH
berikanlah aku kerendahan itu
agar aku mampu merayu-rayu-MU
Ya Allah ... berikanlah kelembutan hati
agar aku teleku, tunduk dan tersemban
di telapak redha-MU

(PAHROL MOHD JUOI)

Travelog Cinta Abadi... Masa yg Berlalu

RM19.90

Pengarang merakamkan pemikiran dan perasaan yg dilalui dari zaman kanak2 nye, remaja hinggalah dewasa yg merakamkan perjalanan kehidupan nye........

Setiap kisah digarap sehingga menimbulkan tanda tanya yg mengujakan. Cerita tentang membuat bantal kekabu, kulit buah rambai yg dijadikangulai , bisness 'Ais Krim Malaysia' , pertama kali menonton televisyen dsbnye....

Kesyukuran

Esok , saya x pasti  apa yg bakal sy lalui. Esok masih panjang. Sejam drpd saat ini pun x jelas dan nyata , apatah lagi bagi memikirkan hari esok.
Apabila sampai masanya dipanggil pulang , entah sempatkah sy berlari pulang ke pangkuan mereka yg tersayang. Mampukah sy memohon keampunan dan mengucapkan selamat tinggal. Atau mungkinkah hari semalam sudah menjdi saat2 terakhir bersama mereka.

Mungkinkah sebntr lagi adalah saat terakhir sy menyedut dan menghembus nafas , mnghirup udara dan meliht semua yg sy sayang di hadapan mata.

Ajal maut di tangan ALLAH

Oleh itu kita kena menoleh ke belakang , mensyukuri dan menikmati hari ini sambil meniti hari esok dgn penuh tawadhuk....

Wednesday, November 10, 2010

Tohmahan vs Keistimewaan

Tohmahan dan Keistimewan
terhadap wanita dlam islam

Aurat:

Tohmahan:
Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki

Keistimewaan
Benda yg mahal hargenye akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg teraman dan terbaik . Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan? Itulah bandingnnye dgn seorg wanita dlm Islam.

Ketaatan

Tohmahan:
Leceh jd wanita dlm Islam sbb hendak keluar kena dptkan izin suami

Keistimewaan:
Wanita perlu taat kpd suami tetapi TAHUKAH lelaki wajib taat kpd ibunye 3 kali lebih utama drpd kpd ayahnye.

Harta warisan
Tohmahan
Wanita menerima warisan lebih sedikit drpd lelaki

Keistimewaan
Wanita menerima warisan lebih sedikit drpd lelaki tetapi TAHUKAH harta itu menjadi milik peribadinye dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya. Sementara apabila lelaki menerima warisan , ia perlu @ wajib menggunaan hartanye utk isteri dan anak2.

Kesusahan melahirkn anak2
Tohmahan:
Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Keistimewaan
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak tetapi TAHUKAH bhw setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk , malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini dan TAHUKAH jika ia mati kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.....




Monday, November 8, 2010

Aku Terima nikahnya

                                                                       RM20.90

"tarikh bertunang sudah dipersetujui, cuma 'mak' nk tanya sesuatu. Kamu pernahkah melihat yg empunya diri?" bakal ibu mertua saya bertanya. Beliau sudahpun membahasakan dirinya "emak"

"belum, mak" saya menjawab sambil tersenyum.

Saya dpt melihat wajah abg saya yg begitu terkejut. Mcmn adiknya blh bersetuju utk berkahwin dgn seorg yg belum pernah ditemui....

Rakan2 yg mendpt tahu tentang pertunangan sy dgn seorg bakal doktor juga amat terkejut.

"Anta gilakah, Hasrizal? Kahwin dgn doktor! Anta tak takut kena tinggal?"


Inilah buku yg ditulis oleh penulis utk merakamkan pengalaman beliau dlm membina damai pd sebuah kehidupan berumahtangga.....


Umpama Kuda Liar

Apa itu nafsu???

Nafsu itu tempat berkumpulnya kekuatan amarah dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia. Di sinilah terkumpulnya sifat2 tercela dn sentiasa mendorong diri manusia itu ke arah kejahatan.

Darpada nafsu itulah timbulnye sifat mazmumah spt hasad dengki, pemarah, tkbur , gila pujian , cintakan dunia, penakut dll. Itulah akibat buruk apabila nafsu dbiarkan dan tidak ddidik. Nafs adalah generator kejahatan dlm tubuh bdn manusia.

Imam al-ghazali mengumpamakan nafsu sbg kuda liar. Jika tidak terdidik kuda itu akan megamuk dn menjatuhkn org yg menunggangnye . Sebaliknye jika berjaya dijinakkan , kuda itu akan dpt ditunggang mengikut mn jua hala tujuan.

Begitulah nafsu jika dididik dgn betul ia boleh membawa kpd kebaikan....

Firman Allah yg bermaksud:
" Dan aku tidak akan membiarkan nafsuku kerana nafsu itu sgt mengajak kpd kejahatan.
(Surah Yusuf 12:53)

(Petikan dari salah satu artikel dlm majalah SOLUSI isu 25)

Friday, November 5, 2010

Lapangkanlah Hati....

Ketahuilah bahawa hati adalah sesuatu yg bersifat elastik. Ia terisi mengikut apa yang kita masukkan ke dalamnya.Jika kita memasukkan sesuatu yg kecil atau perkara2 kecil yg remeh temeh, maka hati akan mengikut menjadi kecil & sempit & hati yg sempit akan merasa pedih & sakit atas perkara2 yg menimpanya ...sebaliknya jika kita memasukkan suatu yang besar maka hati akan menjadi luas & lapang...

Demikian saudara2 ku...masukkanlah sesuatu yang besar ke dalam hati kita...masukkan Yang Maha Besar, Dialah Allah swt, masukkan nama2 Allah, masukkan kerinduan kpd Allah, masukkan zikrullah, masukkan salawat2 yg memuji2 insan termulia baginda Rasulullah saw, maka hati kita akan menjadi lapang & luas...

Hati yg ada Allah swt lebih luas dari langit & bumi. Ingatlah hati yg luas adalah hati yg tidak akan memberi kesan & tidak akan menjadi keruh atas apa pun perkara yang berlaku padanya.

Cubalah fikirkan...jika dlm satu cawan air lalu terjatuh najis cicak maka air itu menjadi najis dan tak boleh diminum tapi jika dlm satu kolam yg lebih 2 kolah terjatuh najis cicak, maka air itu masih suci tidak najis tapi jika terjatuh bangkai seekor tikus ke dlm kolam tersebut yg merubah warna & baunya maka air itu jadi najis & tak boleh dibuat bersuci. Jika dlm kolam renang yg lebih besar terjatuh bangkai tikus yg tidak merubah bau, warna & rasanya maka air itu suci tapi kalau termasuk bangkai lembu sehingga berubah bau & rasanya maka ia jadi najis. Lihat laut yg besar pula, jika terjatuhlah bangkai lembu atau babi ke dalamnya, bagaimana ??? Adakah air laut yg luas itu menjadi air najis ?? Tidak..tidak..ia tidak jadi najis...

Cubalah renungkan...semua di dlmmya adalah air..dlm cawan ada air, dlm kolam lebih 2 kolah pun ada air, dlm kolam renang pun air, dlm laut pun isinya air...tetapi ada yg jadi najis & ada yg tak jadi najis...kenapa ya ???

Jawapannya adalah kerana keluasannya..air lautan yg luas tidak menjadi najis walaupun terdapat bangkai babi di dlmnya hanya kerana ia adalah luas...maka begitu juga dgn hati kita...

Ada hamba2 Allah swt di dunia ini yg hati2 mrk tidak akan merasai apa2 pun atas perkara2 yg berlaku pd mrk kerana mereka mempunyai hati yg lapang & luas...hati2 mereka ada Allah swt, ada nama2 Allah yg Maha Agong, ada zikrullah...

Marilah kita semua ketepikan perkara remeh temeh & masalah2 yg tidak akan pernah habis di sekeliling kita..janganlah masukkan ia ke dlm hati kita krn ia hanya akan membuat hati kita yg elastik dgn apa yg diisi ke dlmnya menjadi sempit.

Masukkanlah zikrullah, kalamullah & salawat2 yg memuji2 baginda Rasulullah saw.

Semuga celaan & pujian manusia sama saja bagi kita...tidak memberi kesan terhadap jiwa & hati kita.

Ya Allah...cukuplah Engkau bagi ku.....

Thursday, November 4, 2010

Gaun Merah Jambu

  RM25.00
Dapatkan buku cerita kanak2 ini....


Ikuti kisah Puteri Arabella yang tampil membuat kebajikan dan terpaksa mengorbankan barang yang disayanginya demi insan yang lebih memerlukan. Dia mahu melihat orang lain gembira. Dia berharap gaun merah jambu kepunyaannya dapat membuatkan rakannya gembira di hari lebaran.

Armagedon 2012

 RM31.50

Dapatkan buku yang sedang laris di pasaran ini dengan menghubungi saya.....

salam perkenalan

salam perkenalan
permulaan ini.
hanya ingn mengatakan
mash baru di sini.
mash bnyk yg perlu dplejari
cadangan dan nasihat dr
bloggers laen
sgt dialukan!!

salam perkenalan!
=)
regard from me.
umi barakah