Tuesday, December 21, 2010

Pemilik Cintaku

                                        
HARGA        :  RM 12.00  (tidak termasuk kos hantar)
Novel ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadapa Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk menerima pasangan hidup yang benar-benar boleh mendidik beliau dan keluarga ke jalan syurga. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menjumpai PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul

Tentang Cinta

                         
HARGA : RM25.90 (tidak termasuk kos hantar)


Buku ini menjelaskan persoalan serta pengertian sebenar tentang cinta. Persoalan cinta adalah perkara yang sukar  diungkai dan dibincangkan.

Wednesday, December 15, 2010

SALAH MENTUA SALAH MENANTU

Kisah antara 2 watak. Bapa mentua yg kuat bekerja tetapi malas solat dan menantu pulak kuat mkn tetapi malas bekerja.

Bapa metua ingin menegur menantunya yg malas bekerja. Dia mengajak menantunye bermain dam. Dlm permainan itu, si bapa mentua memberi peluang kpd menantunye utk 'makan'.

Setiap kali menantu 'mkn' si bapa mentua berkata, "tau mkn, keja malas."

Selepas bebrapa kali disindir, menantu mmberi peluang kpd bapa mntua untuk 'mkn' dan naik 'haji'
setiap kali naik 'haji' , menantu berkata, "kerja naik 'haji' , solat malas."

Akhirnya kedua2nya menyedari kesilapan masing2....

Tuesday, December 7, 2010

PERKARA SUNAT DILAKUKAN PADA 10 MUHARRAM

PERKARA SUNAT DILAKUKAN PADA 10 MUHARRAM

by Azmi Daud on Monday, December 6, 2010 at 9:25pm

Assalamualaikum .......
 Ini yang saya sempat temui tentang amalan yang sunat dilakukan pada Hari Assyura iaitu pada 10 Muharram.
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Syarat2 mendapat Hidayah ALLAH swt

1.  Berdoa
     Pohonlah doa drpd Allah utk meperoleh hidayah-NYA . Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud ; 'Doa itu
    senjata org yg beriman, tiang agama, sinar cahaya langit dan bumi.' (Riwayat al-AL Bani drpd Ali bin abu
    Talib)

2.  Membuka hati dan minda utk memperoleh hidayah ALLAH

3.  Gigih menuntut ilmu
     Sabda Rasulullah s.a.w mengenai pahala menuntut ilmu yg bermaksud "Sesiapa yg keluar menuntut ilmu,
     para malaikat akan menaunginya dgn sayap2 mereka, malaikat2 d langit pula berselawat ke atas
     mereka." (Riwayat al-Baihaqi drpd Anas bin Malik dlm lisan al-Mizan )
     Dlm hadis lain yg diriwayatkan drpd Abu Hurairah r.a. bhw Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud :
     "Sesiapa yg melalui satu jln utk mencari ilmu pengetahuan, nescaya ALLAH akan memudahkan baginya
     jln ke syurga." (Riwayat Abu Daud drpd Abu Hurairah)
     Maka dlm menuntut ilmu niatkan semata2 mencari keredhaan ALLAH swt agar dibalas dgn pahala
     kebaikan di dunia dan di akhirat.

4.  Mengamalkan ilmu yg dipelajari
     Ibn Khattab pernah berkata : "perkara yg paling sy takuti menimpa ke atas umat ini ialah org munafik yg
     alim."  Mereka bertanya kpdnya , " apakah yg dimaksudkan dgn org munafik yg alim?" 
     katanya , " Org yg alim lidahnya (fasih bertutur) tetapi jahil hati dan perbuatannya (tidak berpegang dan
     beramal dgn apa yg dikatakannya)."

          (Petikan dari SOLUSI isu 26 (Apakah Nilai Anda ) : Dato' Dr Mohd Fadzillah Kamsah  )

Thursday, December 2, 2010

FURU' AL- MASA'IL

Penulis : Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz
Kod Buku : TBBK1157
Kod ISBN : 978-967-5102-88-2
Harga : RM75.00 , CP : 25

 Furu’ Al-Masa’il merupakan sebuah karya terjemahan dari kitab asal yang ditulis oleh ulama’ nusantara terkenal Syeikh Daud al-Fathani yang disampaikan dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat. Menurut Datuk Hassan Din, penyusun semula buku ini, “saya lebih berminat untuk terus melayari lembaran kitab Furu‘ Almasa’il setiap kali saya berhadapan dengan masalah fiqah. Akhirnya dengan kehendak Allah jua, terdetik persoalan di hati saya, kenapa kitab yang seindah itu, disimpan hanya untuk menjadi tatapan dan rujukan golongan tertentu sahaja. Alangkah baiknya sekiranya kitab yang bermutu seperti itu dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini. Khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dikongsi dan ditatap bersama. Akhirnya, timbullah keinginan saya untuk menyusun semula kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang dahagakan ilmu.”