Wednesday, November 17, 2010

Dunia ini terdiri dari pelbagai ragam manusia

Memang betul! saya mempunyai ciri dan keperibadian sy sendiri, begitu jg dgn anda. Begitu jg dgn mereka dan kita semua. Dan perbezaan antara kita lah yg menjadikan dunia ini tempat yg menarik dan unik , betul tak?

malah Allah telah berfirman :
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorg lelaki dan seorg perempuan dan menjadikan kamu berbangsa2 dan bersuku2 supaya kamu saling kenal-mengenal (dan bukan bermushanan sesama kamu)."    
                                                                                                    (Al-Hujurat 49:13)

Subhanallah  ....  apabila sy mbca ayat di atas, kesimpuln sy ialh Allah telh memberikan kita satu tugas mudah yg sy rasa sy perlu usahakn dgn lebih gigih lg . Allah telah berkata walaupun kita semua berbeza, terdapat satu perkara yg kita semua perlu lakukn --- kita perlu mengenali satu sama lain atau dlm erti kata lain, kita perlu membina RANGKAIAN (networking) sesama kita.

Ya, memang benar ! Bukankah berkenal-kenalan itu mmbolehkn kita membina rangkaian sahabat dan kenalan? Nampaknya aktiviti membtk rangkaian ini bknlah sesuatu yg baru , kan?

Dan utk menyeronokkan tugas kita ini, Allah juga telah mencipta kita dgn latar belakang bahasa yg berbeza.

"Dan di antara tanda2 kekuasaanNYA ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu . Sesungguhnya pada yg demikian itu benar2 terdapat tanda2 bg kaum yg berfikir ."
                                                                                                                   (Al-Rum 30:22 )

(Petikan dari BUKU Hidup Bukan Rahsia  Anda , Saya dan Kita : Zabrina A.Bakar)

No comments:

Post a Comment